Saturday, March 16, 2013

Khadijah r.a idolaku

Suami dan isteri seharusnya terdorong ke arah menuju
satu matlamat iaitu syurga ALLAH azza wajalla.
(sekadar gambar hiasan)
:)

Assalamualaikum semua.. (^____^)
Today I am in the melancholic mood again after such severe diarrhea. It was due to the sambal ayam (just sambal,tapi ayam tadak) I ate yesterday at the stall near Econsave , I am sure..

Recently Ana banyak baca buku-buku tentang alam perkahwinan. Bukan apa,sebelum nak mendirikan baitul muslim, Ana perlu melengkapkan diri dengan segala macam ilmu. Other than that pengurusan, kewangan dan kematangan juga penting. Sejak Ana dah tahu tentang sirah hidup Khadijah, Ana selalu berangan-angan (bukan angan mat jenin) nak jadi seperti Khadijah kepada Rasulullah s.a.w. Starting from there I was so determined (and still am) to change drastically. To change to be a better person. Ana nak sangat jadi isteri solehah yang sentiasa membahagiakan suami suatu hari nanti..Inshaallah.

Teringin sangat diri ini menjadi seperti Khadijah kepada Rasulullah, sehinggakan pemergiannya meninggalkan nama, kehilangannya diiringi air mata, kesunyian hidup tanpanya membuahkan rindu, dan meskipun dengan ketiadaannya, namanya sentiasa saja meniti dibibir Rasulullah s.a.w, diungguli dan bagaimana pula perasaan dalam hati baginda? Pastinya tersangat merindui isteri tercinta..

Ya, Ana ingin menjadi seperti dia. I want my presence in his life become a priceless gift. Ana begitu ingin menjadi bidadari kepada dia, menjadi ibu kepada anak-anaknya, menjadi tempat untuk dia bermanja, menjadi temannya mengejar cinta dan redha Yang Maha Esa, beriringan dengannya menyusuri jalan mencari syurgaNya...

Ana ingin menjadi seperti Khadijah kepada Rasulullah s.a.w


Pemberian daripada si dia untuk diri ini yang tidak sempurna.
Inshaallah akan dimanfaatkan ilmu yang terkandung di dalamnya.
:)

No comments:

Post a Comment