Assalamualaikum & gud morning ladies..^.^ tiba-tiba je mood berbelogging datang time tengah sibuk buat kerja. Tapi taklah time kerja,sekarang adalah mase ana berehat sebentar & pekena some coffee..fuhh,sedap aihh,pepagi pekena hot coffee buatan sendiri (nk puji diri sendiri la tu)haha...of course..=P
pejam celik pejam celik,dah 2 minggu da ana jadi practical student kat Northport ni. Dah bosan dah hari-hari tengok kontena kontena & kontena (kena mention banyak kali sikit sebab da muak tahap gaban) ,prime mover a.k.a truck atau bahasa mudah disebut sebagai lori kontena,quay (pronoun as KEY,NOT KUEY) crane,forklift, straddle carrier a.k.a SK,reach stacker atau bahasa dalam port dorang panggil high stacker.Hmm..dan yang paling best sekali,ana pernah terTENGOK kemalangan yg tak berapa nak ngeri antara lori kontena dengan lori kontena (kalau cikgu BM baca ni,gerenti menangsi tak henti2.wuuu >.<)
kalau dah antara dorang,mana lah boleh jadi kemalangan jiwa. Besar lawan besar ma..apa ade hal.haha.. tapi kan pekerja yang bawa lori kontena yang dilanggar tu memang muka dia sangat tidak berpuas hati dengan orang yang melanggar tu..nasib kau lah labu..sapa suruh masing-masing tak nak mengalah kan..ish3..dah menyusahkan orang lain dan menjadi penyebab jalanraya sesak teruk.
ok lah...ana nak sambung buat kerja..kerja memang banyak,tapi hati senang sangat sebab manusia-manusia kat department ni memang baik-baik hati belaka. Dan hari ni last day ana di AGM (Assistant General Manager) main office sebab minggu depan ana akan ke division VTC (Vehicle Transit Centre) yang tempat kereta import dan eksport bebanyak gila tahap gaban tu. Dan yang merunsingkan ana nanti,kt division tu takde staff prempuan langsung eventhough kt office dorang pun semua lelaki. kalau kerja outdoor tu ana tak heran sangat,tapi kalau dah semuanya LELAKI,agak-agak macam mana nak adapt ha??secure ke??adoi,da macam macam lak pikir. hehe..bye2 ladies..wassalam.adios
Friday, December 30, 2011
Sunday, November 20, 2011
Paper feveret ^__^ tapi.....T_T
Assalamualaikum dan salam hujung minggu semua..
Nak bagitau,petang esok ana ada paper ELEMENTS OF SHIPPING....
Ana suka sangat sebab...ni feveret subjek ana...tapi..
nak study pun macam takde mood...T___T
rasa sedih datang dengan tiba2..
sambil study pun boleh curik2 nangis kat atas katil..shhh~~!!tanak bagi rumet nampak lah..
hehe...
ohh mood..silalah pulang ke pangkal jalan..
esok ada paper okay..so,tak boleh layan sangat perasaan sedih ni..please..
pergilah main jauh2..rimaslah...=.=
foot note: berharap agar munculnya semula sinar pelangi dalam hidup ini...Amin Ya ALLAH..
Nak bagitau,petang esok ana ada paper ELEMENTS OF SHIPPING....
Ana suka sangat sebab...ni feveret subjek ana...tapi..
nak study pun macam takde mood...T___T
rasa sedih datang dengan tiba2..
sambil study pun boleh curik2 nangis kat atas katil..shhh~~!!tanak bagi rumet nampak lah..
hehe...
ohh mood..silalah pulang ke pangkal jalan..
esok ada paper okay..so,tak boleh layan sangat perasaan sedih ni..please..
pergilah main jauh2..rimaslah...=.=
farahana.. cepatlah khatam kan buku ni..kalau tak, nak jawab apa esok??T__T |
foot note: berharap agar munculnya semula sinar pelangi dalam hidup ini...Amin Ya ALLAH..
Labels:
Final Exam
0
kritikan
Sunday, November 13, 2011
Paper saiko T_T
Bismillahhirrahmanirrahim..
Assalamualaikum..Isnin ini atau bersamaan dengan tarikh 14/11 ana akan menghadapi paper yang paling saiko di dunia (ok,cerita tipu sudaa~) =p
Paper apa?sudah tentulah paper INNOVATION IN SUPPLY CHAIN & LOGISTICS MANAGEMENT juga merangkap paper Sir Adham Mansor.Terbaikk~!
ana teringin nk jadi INVENTOR..(mood : tiba2) tapi,tengah dok pikir jugak nanti nak cipta produk/servis apa ek?..(hehe) |
YES! All of us need change!! |
foot note: sesaja letak gambar ni,untuk memotivasikan diri sendiri..Farahana! setkan dalam mind kau yang subjek ni simple.hokkeh?? yang paling penting,banyakkan membaca tentang latest issue produk dan servis..^_____^ doakan kejayaan ana ye?
Wassalam..
Labels:
Final Exam
2
kritikan
Tuesday, August 02, 2011
Edisi khas utk bakal ZAUJku
Biar Rindu Jangan Jemu....
"Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani....
Assolatuwassalam, selawat dan Assalamu'alaikum buat junjungan mulia, Muhammad saw Kekasih Istimewa....
Assalamu'alaikum Sejahtera buat calon suamiku, moga Allah sentiasa merahmati dan memberkati dirimu , namun doaku tidak pernah putus mengiringi setiap langkahmu demi meraih keredhaanNya...
Seindah perhiasan dunia adalah wanita yang solehah...
Kumulakan warkah ini dengan bait indah yang ditinggalkan Rasulullah saw kepada seisi alam... Wanita solehah! Idaman semua muslimin di alam maya ini..Alhamdulillah, itulah anjuran Islam yang kita cintai, pilihlah wanita yang mampu menyejukkan pandanganmu dan juga baitul muslim yang bakal dibina tika sampai saat itu, insyaAllah....=))
Calon zaujku,
Dinikahi seorang wanita itu kerana empat perkara HARTAnya, KETURUNANnya, KECANTIKANnya dan AGAMAnya. Maka pilihlah hal KEAGAMAANnya, maka beruntunglah kedua-dua tanganmu....
Telah dinukilkan panduan sepanjang zaman, itulah lirikan utama buatmu memilih calon isteri. Tiap baris itu telah menjadi hafalanku sejak aku mengenali dunia baligh ini...
Jika HARTA yang kau idamkan, ketahuilah diriku tidak punya apa-apa HARTA di dunia ini melainkan ilmu AGAMA yang telah dititipkan buatku oleh IBU dan AYAHku... Tiada HARTA untuk kupersembahkan dalam taklik ijab kita nanti... Tiada HARTA sebagai jaminan bahawa kau akan menikmati sedikit kesenangan apabila ijab bersaksi telah dilafazkan. Hanya KETENANGAN yang mampu aku sediakan buatmu kerana aku pernah terbaca kata-kata .....
"Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani....
Assolatuwassalam, selawat dan Assalamu'alaikum buat junjungan mulia, Muhammad saw Kekasih Istimewa....
Assalamu'alaikum Sejahtera buat calon suamiku, moga Allah sentiasa merahmati dan memberkati dirimu , namun doaku tidak pernah putus mengiringi setiap langkahmu demi meraih keredhaanNya...
Seindah perhiasan dunia adalah wanita yang solehah...
Kumulakan warkah ini dengan bait indah yang ditinggalkan Rasulullah saw kepada seisi alam... Wanita solehah! Idaman semua muslimin di alam maya ini..Alhamdulillah, itulah anjuran Islam yang kita cintai, pilihlah wanita yang mampu menyejukkan pandanganmu dan juga baitul muslim yang bakal dibina tika sampai saat itu, insyaAllah....=))
Calon zaujku,
Dinikahi seorang wanita itu kerana empat perkara HARTAnya, KETURUNANnya, KECANTIKANnya dan AGAMAnya. Maka pilihlah hal KEAGAMAANnya, maka beruntunglah kedua-dua tanganmu....
Telah dinukilkan panduan sepanjang zaman, itulah lirikan utama buatmu memilih calon isteri. Tiap baris itu telah menjadi hafalanku sejak aku mengenali dunia baligh ini...
Jika HARTA yang kau idamkan, ketahuilah diriku tidak punya apa-apa HARTA di dunia ini melainkan ilmu AGAMA yang telah dititipkan buatku oleh IBU dan AYAHku... Tiada HARTA untuk kupersembahkan dalam taklik ijab kita nanti... Tiada HARTA sebagai jaminan bahawa kau akan menikmati sedikit kesenangan apabila ijab bersaksi telah dilafazkan. Hanya KETENANGAN yang mampu aku sediakan buatmu kerana aku pernah terbaca kata-kata .....
"Dan di antara tanda-tanda kekuasaan Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikannya di antaramu rasa kasih dan sayang. (Rum: 21)
Jika KETURUNAN yang mulia itu yang kau dambakan, ketahuilah aku masih punyai IBU dan AYAH,namun Allah tetap sebagai penjaga mutlak diriku.... Dan apa yang pasti. Aku adalah KETURUNAN mulia, ayahanda Nabi Adam as dan bonda Hawa as, sama seperti mu.... Ingin aku berkongsi lafaz sahih ini denganmu ...
"... maka bertawakkallah kepada Allah, sesungguhnya Allah mengasihi orang yang bertawakal kepadaNya. Jika Allah menolong kamu maka, tiada seseorangpun yang boleh menghalang kamu, dan jika ia mengecewakan kamu, maka siapakah yang dapat menolong kamu sesudah Allah (menetapkan demikian) ? dan ingatlah kepada Allah jualah hendaknya orang yang beriman itu berserah diri..." (Ali Imran : 159-160)
KECANTIKAN, itulah pandangan pertama setiap insan... Malah aku meyakini bahawa kau juga tidak terlepas seperti insan yang lain... Ketahuilah, jika KECANTIKAN itu yang kau inginkan daripada diriku, kau telah tersalah langkah... Tiada KECANTIKAN yang tidak terbanding untuk kupertontonkan padamu... Telah aku hijabkan KECANTIKAN diriku ini dengan amalan ketaatan kepada tuntutan agama yang kucintai... Kau hanya membuang masa jika kau menginginkan KECANTIKAN lahiriah semata-mata...
aku tidak menjanjikan aku mampu membahagiakan rumahtangga kita nanti, kerana aku memerlukan engkau untuk bersama-samaku menegakkan dakwah islamiyyah ini, dan aku merelakan diri ini menjadi penolongmu untuk membangunkan sebuah markas dakwah dan tarbiyyah ke arah jihad hambaNya kepada Penciptanya yang agung... Melalui pencarian ilmu agama bersama, marilah kita jadikan pernikahan ini sebagai risalah demi meneruskan perjuangan Islam... Aku masih kekurangan ilmu agama, tetapi berbekalkan ilmu agama yang telah dibekalkan ini,aku ingin menjadi isteri yang sentiasa mendapat keredhaan Allah dan suamiku untuk memudahkan aku membentuk usrah muslim antara aku, kau dan anak-anak kita untuk dibaiahkan dengan ketaatan kepada Allah Yang Maha Esa... Aku bercita-cita bergelar pendamping SOLEHAH, seperti mana yang dijanjikan Rasul,
" Semoga Allah memberi rahmat kurnia kepada lelaki yang bangun di tengah malam lalu dia sembahyang dan membangunkan isterinya, maka sekiranya enggan juga bangun untuk bersembahyang, dia merenjiskan air ke mukanya. Semoga Allah memberi rahmat kurnia kepada wanita yang bangun di tengah malam lalu bersembahyang dan membangunkan suaminya. Maka jika dia enggan, dia merenjiskan air kemukanya." (Riwayat Abu Daud dengan Isnad yang sahih)
Renungilah FirmanNya ini, lalu kau akan tahu hakikat diriku dan dirimu dipertemukan oleh Allah atas namanya pertemuan dan jodoh...
Hai sekalian manusia, bertakwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu, dan daripadanya Allah menciptakan isterinya; dan daripada keduanya Allah memperkembangbiakkan lelaki dan perempuan yang banyak. Dan bertakwalah kepada Allah yang dengan (mempergunakan) namaNya kamu saling meminta satu sama lain, dan (peliharalah) hubungan silaturrahim. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu. (An Nisaa : 1)
Calon Suamiku yang dirahmati,
" Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan kerana mereka (lelaki) telah menafkahkan sebahagian
dari harta mereka".(An-Nissa':34)
Membenarkan seperti apa yang telah Dia katakan dalam QalamNya yang mulia... Aku meyakini bahawa engkau adalah pemimpin untukku dan anak-anak pewaris kejihadan Islam yang bakal lahir... Jadikanlah PERNIKAHAN ini sebagai asas pembangunan IMAN dan BUKANnya untuk memuaskan BISIKAN syaitan yang menjadikan ikatan PERNIKAHAN sebagai tunjang NAFSU semata-mata... Moga diriku dan dirimu sentiasa didampingi kerahmatan dan keredhaanNya... Lakukanlah tanggungjawabmu itu dengan SYURA kesabaran, QANAAH ketabahan moga kita akan menjadi salah satu daripada jemaah saf menuju ke SYURGA insyaAllah...
Ingin aku berbicara mengenai pemberianmu kepadaku... Kau terlalu membimbangkan akan kehendak bersifat duniawi semata-mata... Benar?! Ketahuilah... Aku TIDAK menginginkan hantaran bersusun, mas khawin yang hanya akan menyebabkan hatiku buta dalam menilai erti kita dipertemukan oleh Allah atas dasar AGAMA... Cukuplah seandainya, MAHARku sebuah Qalam Mulia, Al-Quran, kerana aku meyakini Qalam itu mampu memimpin rumahtangga kita dalam meraih keredhaanNya , bukan kekayaan DUNIA yang bersifat SEMENTARA... Bantulah aku dalam menjayakan agama Allah ini melalui pernikahan, kerana ia adalah laluan untuk aku menyempurnakan separuh daripada agamaku, insyaAllah... AKHLAKmu yang terdidik indah oleh ibu dan orang sekelilingmu, itulah yang aku HARAPkan daripada kekayaan DUNIAWI yang kau sediakan.... Lihatlah rumahtangga Rasulullah s.a.w kadang-kadang berlalu sebulan demi sebulan, pernah dapurnya tidak berasap kerana tidak ada bahan makanan yang dapat dimasak... Walaupun demikian susahnya, RUMAHTANGGA Rasulullah s.a.w tetap menjadi rumahtangga yang PALING BAHAGIA yang tidak ada tolok bandingnya hingga ke hari ini...
Terlalu panjang rasanya aku mencoretkan EDISI ini... Cukup dahulu buat tika ini, andai diizinkan aku akan kembali menitipkan lagi kiriman bertintakan hati ini... Akhir bicara, maaf andai tiada pertemuan yang kususuli kerana padaku biarlah merindu daripada jemu tatkala kita disatukan...
Wassalam...
.::. Ya Allah, gembirakan kami dengan redhaMu .::.
~tulang rusuk kirimu~
pertemuan...
menghadiahkan kita kasih sayang...
jika cinta satu pasti bertemu...
ia tidak ternilai...
kerana antara hati kita
telah tiada antaranya lagi
yang ada hanyalah cinta kasih Ilahi...
kita berpisah hanya sementara
kerana pertemuan bukan milik kita...
jasad dan suara berjauhan sentiasa
namun cinta abadi...
biar berpisah selalu menderita
kerana syurga menagih ujian
sedang neraka dipagari oleh nikmat
bertemu tidak jemu...berpisah tak gelisah...
Labels:
LOVE
0
kritikan
Wednesday, May 04, 2011
Apabila HIDAYAH datang...aku...
Aku sedang menjalani program persediaan di sebuah universiti di Selangor. Semuanya berjalan dengan lancar. Kelas yang teratur dan pensyarah yang best. Kawan2 pun best. Cuma aku ni jenis yang pemalu, so pemalu sikit nak bergaul tapi aku try lah yg terbaik kan. Kalau tak macam mana nak dapat ramai kawan.
Seperti kebiasaan hari, aku mengenakan baju kurung kedah yang berwarna merah yang lengannya hingga ke bawah siku, dipadankan dengan kasut tumit tinggi 'wedges' yang berwarna 'gold'. Bagi ku , penampilan itu amat penting untuk memberi keyakinan diri kepadaku. Tetapi berlainan dengan kebanyakan student di sini, mereka kebanyakannya bertudung labuh dan menutup aurat dengan sempurna. Kadang-kadang aku merenung diriku sendiri tentang adakah aku ini seperti mereka yang benar2 menitik beratkan hal aurat.
Aku teruskan perjalananku ke dewan utama. Hari ini ada lecture 'Anatomy' dan sudah semestinya merupakan subjek kegemaranku.
Sesudah tibanya aku di dewan utama itu, aku memandang ke persekitaran. Ada di suatu sudut, aku ternampak ada seorang gadis bertudung labuh dan berbaju kurung. Kakinya disarungkan stoking hitam dan berstoking tangan. Tiada apa yang terdetik di dalam hatiku melainkan 'Budak ni mesti sekolah agama'.
Aku terus ke tempat duduk ku di hujung sebelah kiri dewan utama. Aku suka melihat gelagat orang. Tak sampai 5 minit, lecturer pun tiba dan memulakan syarahannya seperti biasa.
***********
Memanglah best ada boyfriend. Bila keluar je, boyfriend belanja. Cakap je nak makan apa, sanggup dia belikan. Kalau dia taknak beli, buat-buatlah merajuk. Mesti dia belikan jugak.
Hmm. tulah. Itulah kenyataannya kalau ada boyfriend di benak fikiran ku. Tapi pernah tak aku fikir yang adakah selama ini boyfriend yang kau ada tu, kau kahwin dgn dia? Atau seperti 'touch n go' je? Couple lpas tu break. Couple dgn yang baru lpas tu break balik. Tak bosan ke? Tak rasa macam kau ni macam tol, lpas tu org ltak card 'touch n go'?
Hmm. kadang-kadang aku terfikir juga, ada betul juga kalau mak aku tak bagi aku ada boyfriend ni. Tapi tulah, aku ni tak kuat nak menolak godaan syaitan ni. Tunggulah aku dpt hidayah, barulah aku boleh kot nak tepis godaan syaitan ni.
Eh, apa aku mengelamun ni. Dengar lecture tu. Nak berangan je taw. FOCUS!!
******************
Penatnya. tiap2 pagi ada roll-call. Tensionnya.
"Assalamualaikum w.b.t. So,kita mulakanlah tazkirah kita pada pagi ni kan. Ana ni bukan la layak untuk bagi tazkirah kat depan ni tapi cuma tanggungjawab kita untuk saling mengingati antara umat Islam kan. Tajuk tazkirah ana pada hari ini ialah 'Kejayaan tanpa Agama atau Kejayaan dengan Agama'."
Aku tersentak dengan tajuk yang diucapkan. Hmm. Teruskan mendengar..
"Apa yang membezakan kita dengan non-muslim dan diri kita sebagai muslim sendiri apabila berjaya? Sudah pastinya Islam itu sendiri. Yelah. Bila kita berjaya dan membawa bersama Islam itu, adalah amat berlainan dengan non-muslim. Sama-samalah kita renungkan. Adakah kita ni mencapai kejayaan dengan agama yang kita ada ni.
Apabila non-muslim berjaya, kejayaan yang dikecapi itu adalah hanya semata-mata duniawi dan hasilnya juga hanya duniawi. Sebaliknya, jika muslim itu berjaya,seandainya dalam diri muslim itu dia membawa sekali Islam, ganjarannya sudah pasti dunia dan akhirat.
Maksudnya kita kena ikhlaskan niat kita menuntut ilmu adalah kerana Allah dan kerana agama Allah. Bukan sahaja untuk lulus exam atau untuk dapat gaji besar dan seumpamanya. Niat kita mestilah adalah untuk membangunkan Islam itu sendiri sepertimana gahnya Islam pada zaman dahulu yang menguasai 2/3 dunia. Tapi sekarang kita dapat tengok kan macam mana orang Islam sendiri.
Seperti kalam Rasulullah saw, Islam dahulu dalam keadaan dagang dan akan kembali dagang. Maksudnya Islam itu akan dipandang ganjil sepertimana Islam pada saat mula-mula wujud. Contohnya, zaman sekarang ni, kalau tengok perempuan yang pakai tudung labuh tu macam pelik. Kalau baca Al-quran kat dalam tren, kita pandang ganjil. So, ana cuma nak ingatkan je. Sebelum kita memulakan kelas kita ni, sama-samalah betulkan niat kita kerana Allah taala. Dan yang buruk itu datang dari saya,yang baik itu datang dari Allah. Assalamualaikum. "
Sesudah tibanya aku di dewan utama itu, aku memandang ke persekitaran. Ada di suatu sudut, aku ternampak ada seorang gadis bertudung labuh dan berbaju kurung. Kakinya disarungkan stoking hitam dan berstoking tangan. Tiada apa yang terdetik di dalam hatiku melainkan 'Budak ni mesti sekolah agama'.
Aku terus ke tempat duduk ku di hujung sebelah kiri dewan utama. Aku suka melihat gelagat orang. Tak sampai 5 minit, lecturer pun tiba dan memulakan syarahannya seperti biasa.
***********
Memanglah best ada boyfriend. Bila keluar je, boyfriend belanja. Cakap je nak makan apa, sanggup dia belikan. Kalau dia taknak beli, buat-buatlah merajuk. Mesti dia belikan jugak.
Hmm. tulah. Itulah kenyataannya kalau ada boyfriend di benak fikiran ku. Tapi pernah tak aku fikir yang adakah selama ini boyfriend yang kau ada tu, kau kahwin dgn dia? Atau seperti 'touch n go' je? Couple lpas tu break. Couple dgn yang baru lpas tu break balik. Tak bosan ke? Tak rasa macam kau ni macam tol, lpas tu org ltak card 'touch n go'?
Hmm. kadang-kadang aku terfikir juga, ada betul juga kalau mak aku tak bagi aku ada boyfriend ni. Tapi tulah, aku ni tak kuat nak menolak godaan syaitan ni. Tunggulah aku dpt hidayah, barulah aku boleh kot nak tepis godaan syaitan ni.
Eh, apa aku mengelamun ni. Dengar lecture tu. Nak berangan je taw. FOCUS!!
******************
Penatnya. tiap2 pagi ada roll-call. Tensionnya.
"Assalamualaikum w.b.t. So,kita mulakanlah tazkirah kita pada pagi ni kan. Ana ni bukan la layak untuk bagi tazkirah kat depan ni tapi cuma tanggungjawab kita untuk saling mengingati antara umat Islam kan. Tajuk tazkirah ana pada hari ini ialah 'Kejayaan tanpa Agama atau Kejayaan dengan Agama'."
Aku tersentak dengan tajuk yang diucapkan. Hmm. Teruskan mendengar..
"Apa yang membezakan kita dengan non-muslim dan diri kita sebagai muslim sendiri apabila berjaya? Sudah pastinya Islam itu sendiri. Yelah. Bila kita berjaya dan membawa bersama Islam itu, adalah amat berlainan dengan non-muslim. Sama-samalah kita renungkan. Adakah kita ni mencapai kejayaan dengan agama yang kita ada ni.
Apabila non-muslim berjaya, kejayaan yang dikecapi itu adalah hanya semata-mata duniawi dan hasilnya juga hanya duniawi. Sebaliknya, jika muslim itu berjaya,seandainya dalam diri muslim itu dia membawa sekali Islam, ganjarannya sudah pasti dunia dan akhirat.
Maksudnya kita kena ikhlaskan niat kita menuntut ilmu adalah kerana Allah dan kerana agama Allah. Bukan sahaja untuk lulus exam atau untuk dapat gaji besar dan seumpamanya. Niat kita mestilah adalah untuk membangunkan Islam itu sendiri sepertimana gahnya Islam pada zaman dahulu yang menguasai 2/3 dunia. Tapi sekarang kita dapat tengok kan macam mana orang Islam sendiri.
Seperti kalam Rasulullah saw, Islam dahulu dalam keadaan dagang dan akan kembali dagang. Maksudnya Islam itu akan dipandang ganjil sepertimana Islam pada saat mula-mula wujud. Contohnya, zaman sekarang ni, kalau tengok perempuan yang pakai tudung labuh tu macam pelik. Kalau baca Al-quran kat dalam tren, kita pandang ganjil. So, ana cuma nak ingatkan je. Sebelum kita memulakan kelas kita ni, sama-samalah betulkan niat kita kerana Allah taala. Dan yang buruk itu datang dari saya,yang baik itu datang dari Allah. Assalamualaikum. "
hmm. Islam itu akan kembali dagang pada zaman sekarang. Aku agak terasa tadi bila dia cakap pasal tudung labuh. Yelah,aku ni bukan sekolah agama. hmm. Teringin juga nak berubah tapi takde kekuatan lagi. Ya Allah. hmm.
Kelas bermula seperti biasa..
************
Penatnya kelas hari ni. Aku terus mencampakkan tubuhku di atas katil. Mata ni berat rasanya. Tidurlah.
Eh! Solat Asar. Alamak malasnya. Tapi kau kata nak berubah kan. Bangun! Jangan dengar bisikan syaitan tu. Dia musuh kita yang utama!
Selepas solat Asar, aku pun mencapai Al-quran di rak buku. Aku ikhlaskan niat supaya Allah boleh buka pintu hati aku ni dan beri ketenangan kat aku.
Mula-mula 2 muka surat je lah. Lepas ni banyakkan lagi. Hah. Aku rasa tenang lepas selesaikan ibadah tadi. Baru pertama kali aku rasa macam ni. Malam ni ada kelas bahasa Arab pulak. Tak sabar rasanya. Ustaz yang ajar tu best gila. Kelaka! Aku pun buka buku bahasa Arab.
**************
Terngiang-ngiang di telingaku suara Ustaz yang mengajar aku bahasa arab malam tadi.
"You know, wearing contact lens is haram. Why wearing contact lens? Allah has create us beautifully."
Arghh. Dah la dia pandang aku time tu. Terasa la aku. aduih. malu la aku camni. Macam bebudak lain tak taw plak aku pkai contact lens berwarna.hmm.
Pastu dia tambah lagi...
"GF and BF is haram. In Islam we cannot have GF and BF."
What the... Aku terasa lagi. Macam mana ni. Banyaknya benda haram yang aku buat. Lepas satu, satu yang terkena. Tapi betul juga yang dia cakap. Aku kena terima kot. Tapi betul ke pkai contact lens tu haram??
***************
Akhir minggu. Aku memang setiap minggu balik rumah time macam ni. Biasalah, rumah dekat. duduk kat universiti pun bosan je. Nak keluar pun mak aku mesti tak bagi. Duduk rumah layan internet lagi best.
Aku membelek laman Google. "Couple haram dalam Islam". Klik!
Wah! banyaknya yang keluar. Aku pun klik salah satu nya.
www.iluvislam.com
Confirm la ni. Couple tu memang haram. Ya Allah.. berdosanya aku selama ni.
Kenapa baru sekarang aku tahu ni??
Terima kasih Ya Allah kerana memberi aku hidayah ini..
***************
"Ros,macam mana kalau aku pakai tudung labuh? ok tak? hehe."
"Hang nak pakai ka? Serious?"
"Yela. serious la. Aku pun nak berubah jugak. huhu. Tapi kau tawkan aku couple. macam mana aku nak cakap kat dia yang aku taknak couple da? Susah la."
"Hmm. aku pun tak taw la. Kau cakap je la yang couple tu haram."
"Hmm. yela. insyaAllah."
Dalam hati aku,'kalau lah dia faham. kalau dia tak faham yang couple tu haram macam mane? Haish!'
*****************
'Assalamualaikum. saya nak cakap something ni. saya nak minta maaf kalau benda ni menyakitkan hati awak. Tapi saya buat ni untuk kebaikan kita bersama. Saya harap awak faham. Sekarang saya dah tahu apa yang sebenarnya saya cari. dan saya dah jumpa. saya harap lepas ni kita boleh jadi kawan je. tak lebih. kalau ada benda penting je awak message saya. kalau tak perlu tu, lebih baik elakkan. saya harap awak boleh terima keputusan saya. Demi Allah dan perintah Allah, saya harap kita sama-sama boleh berubah. Lupakan hal sebelum ni. Semoga awak berjaya dunia akhirat.'
Send..
ish. takutnya. apalah agaknya reaksi dia ni. lambat betul reply..
5 minit kemudian..
"kring!"
haish,dia kol ke? macam mana ni? alamak, message sudah la.
aku tekan butang merah.
5minit kemudian handphone aku berbunyi tanda message sampai.
aku pun bukak message tu.
'Waalaikumslam. Apa awak merepek ni? mana janji awak sebelum ini? mana? janji taknak tinggalkan saya. habis sekarang? Ke awak dah ada orang lain? apa yang awak dah jumpa tu? orang lain ke? kalau dah jumpa tu cakap jela.'
Tetiba aku rasa tersentap dengan message tu. Sampai hati dia cakap macam tu. Dia tak tahu aku buat semua ni untuk apa? Tolong lah faham. Couple tu haram! dan aku takkan berpatah balik.
' Couple itu haram di sisi Islam. awak faham tak? Couple tu haram dalam Islam. Dan saya buat ni adalah untuk kita. Saya taknak saya hannyut dan awak pun hanyut dalam benda tak elok ni. Cubalah faham. Ya,saya dah jumpa benda lain yang lebih baik. iaitu ketenangan apabila dekat dengan Allah. itu lebih baik. jauh lebih baik dari semua ni. Dah terang da? Saya doakan semoga awak diberi hidayah oleh Allah. dan doakan saya istiqamah.'
Send..
Dengan tanpa disedari, airmataku tiba-tiba mengalir deras. Ya Allah. kuatkan hati ini Ya Allah. Aku ikhlas keranamu YaAllah.. rayuku.
****************
Hari ini, sudah masuk minggu terakhir aku di sini. Hari ini juga hari pertama aku memakai tudung labuh. comel jugak. hehe. perasan pulak.
Tapi yang penting aku ikhlas nak berubah. harap aku istiqamah. Dan mulai hari ini, aku akan mulakan juga tanggungjawabku untuk berdakwah menyambung perjuangan Rasulullah s.a.w dan para sahabat.
Aku mula rasa ketenangan jiwa yang selama ni aku tak pernah rasa. Barulah aku tahu begini rasanya perasaan mereka yang merasakan Islam itu memang sebenar-benarnya Agama yang sejahtera dan indah.
Ya Allah. terima kasih kerana kau telah tempatkan aku di sini. Terima kasih atas hidayah dan taufik yang telah kau berikan padaku. Berikan kekuatan kepadaku untuk terus istiqamah dalam perubahan ini dan dalam jalan dakwah ini. Aminn..
*****************
3 bulan kemudian..
Hari ini merupakan hari aku ke Mesir. Seronok tu memang seronok tapi sedih untuk meninggalkan family tercinta di sini.
Mama, ayah. jangan risaukan ana ye. ana insyaAllah baik kat sana nanti. nanti ana kol mama ngan ayah bila sampai..
Flight ku berlepas pada pukul 10.00 pagi.
Selamat tinggal Malaysia..
14 jam kemudian..
'Mesir? biar betul aku dah sampai Mesir ni? Macam tak percaya je..'
***************
Sudah beberapa bulan aku di sini. Banyak ilmu dunia akhirat yang telah aku kutip.
Kat sinilah aku tahu yang memakai contact lens itu memang haram tapi kalau yang berwarna. kalau yang tiada warna itu hukumnya harus. akhirnya terjawab juga persoalan aku yang dulu.
dan..
disinilah aku menemui sesuatu yang mungkin selama ini aku cari.
aku harap aku dapat sesuatu itu.
yang dapat mendidikku dan membimbingku di jalan lurus.
Semoga Allah terus memberi petunjuk dan hidayah kepadaku di saat aku alpa.
Semoga semuanya dipermudahkan..
Aminn..
^______^
cerpen yang tak seberapa oleh: hamba Allah yang mengharapkan keredhaan Tuhannya.
p/s : ini adalah kisah benar dan ana copy paste dr pengalamn sahabat ana yg kini sedang melanjutkan
pengajiannya di UNIVERSITI TANTA,MESIR dlm bidang perubatan..wahai sahabatku,
jangnlah dikau brsedih hati dan tetapkanlah di
hatimu bahawa kehidupan d akhirat sana adalah kekal abadi brbnding
kehidupan di dunia ini yg
terlalu sementara.. semoga ALLAH
merahmati perjuangan kita semua..amin~
Labels:
INSAF
0
kritikan
Monday, May 02, 2011
Saat Lafaz Sakinah by Far-East
Sunyi suasana
Lafaz sakinah bermula
Apa rasa
Diterjemah hanya
Sebak abah tangis ibunda
Adalah aku wali puteriku
Serah kini amanahku ini padamu
Nafkahilah dia curah kasih dan cinta
Lebih dari yang ku berikan kepadanya
Dulu esakannya sandar di bahuku
Tangisannya kini ku serah padamu
Bukan bermakna dia bukan milikku
Fitrahnya perlukanmu
Jadikanlah dia wanita syurga
Mengerti benar akan maharnya
Taat itu bukan hanya pada nama
Indah ia pada maksudnya
Ku akur
Akan pesanmu
Puterimu kini amanahku
Iringilah
Dengan doamu
Labels:
Lyrics
0
kritikan
Saturday, April 16, 2011
Bila ALLAH menduga kita..Bersabarlah~
Ketika kumohon kepada Allah kekuatan, Allah memberiku kesulitan agar aku menjadi kuat..
Ketika kumohon kepada Allah kebijaksanaan, Allah memberiku masalah untuk diselesaikan..
Ketika kumohon kepada Allah kesejahteraan, Allah memberiku akal untuk berfikir..
Ketika kumohon kepada Allah keberanian, Allah memberiku bahaya untuk kuatasi..
Ketika kumohon Allah sebuah cinta, Allah memberiku orang-orang bermasalah untuk ku tolong..
Ketika kumohon kepada Allah bantuan, Allah memberikanku kesempatan..
Aku tak pernah menerima apa yang kupinta, tetapi aku menerima segala yang kuperlu..
Ketika satu pintu kebahagiaan tertutup, pintu yang lain terbuka, tetapi sering kali kita terpaku terlalu lama pada pintu yang tertutup sehingga tidak melihat pintu yang dibukakan bagi kita..
Orang orang yang paling berbahagia pun tidak selalu memiliki hal hal terbaik, mereka hanya berusaha menjadikan yang terbaik dari setiap hal yang hadir dalam hidupnya...
Mungkin Allah menginginkan kita bertemu dengan beberapa
orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaNya...
Waktu kita lahir, kita menangis dan orang orang di sekeliling kita tersenyum, jalanilah hidup kita sehingga pada waktu kita meninggal, kita tersenyum dan orang orang di sekeliling kita menangis.
Labels:
INSAF
1 kritikan
Aku sangat CINTA Ibu~
Ibu...
adalah wanita yang telah melahirkanku
merawatku
membesarkanku
mendidikku
hingga diriku telah dewasa
Ibu...
adalah wanita yang selalu siaga tatkala aku dalam buaian
tatkala kaki-kakiku belum kuat untuk berdiri
tatkala perutku terasa lapar dan haus
tatkala kuterbangun di waktu pagi, siang dan malam
Ibu...
adalah wanita yang penuh perhatian
bila aku sakit
bila aku terjatuh
bila aku menangis
bila aku kesepian
Ibu...
telah kupandang wajahmu diwaktu tidur
terdapat sinar yang penuh dengan keredhaan
terdapat sinar yang penuh dengan kesabaran
terdapat sinar yang penuh dengan kasih dan sayang
terdapat sinar kelelahan karena aku
Aku yang selalu melelahkanmu
aku yang selalu menyita perhatianmu
aku yang telah menghabiskan air susumu
aku yang selalu menyusahkanmu hingga muncul tangismu
Ibu...
engkau menangis kerana aku
engkau sedih kerana aku
engkau menderita kerana aku
engkau kurus kerana aku
engkau korbankan segalanya untuk aku
Ibu...
jasamu tiada terbalas
jasamu tiada terbeli
jasamu tiada akhir
jasamu tiada tara
jasamu terlukis indah di dalam surga
Ibu...
hanya do'a yang bisa kupersembahkan untukmu
kerana jasamu
tiada terbalas
Hanya tangisku sebagai saksi
atas rasa cintaku padamu
adalah wanita yang telah melahirkanku
merawatku
membesarkanku
mendidikku
hingga diriku telah dewasa
Ibu...
adalah wanita yang selalu siaga tatkala aku dalam buaian
tatkala kaki-kakiku belum kuat untuk berdiri
tatkala perutku terasa lapar dan haus
tatkala kuterbangun di waktu pagi, siang dan malam
Ibu...
adalah wanita yang penuh perhatian
bila aku sakit
bila aku terjatuh
bila aku menangis
bila aku kesepian
Ibu...
telah kupandang wajahmu diwaktu tidur
terdapat sinar yang penuh dengan keredhaan
terdapat sinar yang penuh dengan kesabaran
terdapat sinar yang penuh dengan kasih dan sayang
terdapat sinar kelelahan karena aku
Aku yang selalu melelahkanmu
aku yang selalu menyita perhatianmu
aku yang telah menghabiskan air susumu
aku yang selalu menyusahkanmu hingga muncul tangismu
Ibu...
engkau menangis kerana aku
engkau sedih kerana aku
engkau menderita kerana aku
engkau kurus kerana aku
engkau korbankan segalanya untuk aku
Ibu...
jasamu tiada terbalas
jasamu tiada terbeli
jasamu tiada akhir
jasamu tiada tara
jasamu terlukis indah di dalam surga
Ibu...
hanya do'a yang bisa kupersembahkan untukmu
kerana jasamu
tiada terbalas
Hanya tangisku sebagai saksi
atas rasa cintaku padamu
Bicara untukmu ibu,
Seorang ibu
Seakan mendengar tangisanku yang tersembunyi
Tetap menghantar pesan nasihat
Walau “jangan risau ibu” kuulang berkali-kali
Terasa seakan pintu langit terbuka
Dia wakil daripada Ilahi
Menyentuh sayang hatiku
Aku tersenyum
Saat semua orang menyatakan aku kuat
Dikau wahai ibu mengetahui anakandamu ini
Bermesej-mesej kau hantar sebagai penenang hati
Seakan tangisku yang tersembunyi kau dengari dengan jelas sekali
Ibu,
Kuulang jangan risau ibu,
Lepaskanlah tembakan-tembakan doamu kepadaku
Jangan kau hentikan layangan kasihmu padaku
Aku telah berjanji padamu untuk terus hidup
Maka aku akan terus hidup dengan janjiku itu
Ibu,
Sesungguhnya kita tidak tahu apa takdir yang tertulis
Mungkin Ilahi hanya menggegarkan kita sebentar
Menguji keimanan
Dan ini belum tentu lagi kesudahan
Tersenyumlah ibu,
Bahagiamu bahagiaku
Laramu laraku,
dengan senyumanmu,
Akan kuhentak awan dengan telapak kakiku.
Ibu..., I LOVE YOU SO MUCH juga kepada Ayah...!!!
p/s : hargailah ibu anda selagi mereka msih hidup...jika mereka tiada lg d dunia ini,panjatkanlah doa yg tulus dan ikhlas buat kebahagiaan mereka di sana..amin~~
Labels:
IBU
0
kritikan
Monday, April 11, 2011
Hadith Rasulullah tentang AKHIR ZAMAN
Assalamualaikum kwn2..kiamat dah nk dekat, Tidak sedarkah kita..??. Sjauh manakah amalan kita..?? layakkah kita utk menghadap Allah yang Maha Esa..?? Adakah amalan kita sudah smpurna..?? Sejauh manakah keimanan kita kpd Allah...?? Marilah kita sama2 renungkn dan fikirkn sejenak akn akhirat, jgn trlalu taksubkan dunia....
HELL OR HEAVEN??It's fully depends on ur WAY OF LIFE.. |
Antara Hadis Rasulullah S.A.W Tentang Akhir Zaman Ialah :
Penaklukan Baitulmuqaddis.
Dari Auf b. Malik r.a. Rasulullah s.a.w. telah bersabda: "Aku menghitung enam perkara menjelang hari kiamat." Baginda menyebutkan salah satu di antaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis." * Sahih Bukhari*
Penaklukan Baitulmuqaddis.
Dari Auf b. Malik r.a. Rasulullah s.a.w. telah bersabda: "Aku menghitung enam perkara menjelang hari kiamat." Baginda menyebutkan salah satu di antaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis." * Sahih Bukhari*
Zina bermaharajalela.
"Dan tinggallah manusia-manusia yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang." * Sahih Muslim*
Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang.
"Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah akan muncul pakaian-pakaian wanita dan apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang." * Abu Hurairah r.a*
Bermaharajalela alat muzik.
"Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka. Ada yang bertanya kepada Rasulullah; "Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?" Baginda menjawab; "Apabila telah bermaharajalela bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi-penyanyi wanita" * Ibnu Majah*
Menghias masjid dan membanggakannya.
"Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegah-megahan dalam mendirikan masjid" * Riwayat Nasai.*
Munculnya kekejian, memutuskan kerabat dan hubungan dengan tetangga tidak baik.
"Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim dan sikap yang buruk dalam tetangga." * Riwayat Ahmad dan Hakim*
Ramai orang soleh meninggal dunia.
"Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik dan ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang-orang yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran." * Riwayat Ahmad*
Orang hina mendapat kedudukan terhormat.
"Di antara tanda-tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka' bin Luka' (orang yang bodoh dan hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh dua orang mulia" * Riwayat Thabrani*
Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja.
"Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja." * Riwayat Ahmad*
Bulan sabit kelihatan besar.
"Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit." * Riwayat Thabrani*
Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita.
"Pada akhir zaman akan muncul pembohong- pembohong besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar dan belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu dan memfitnahmu" * Sahih Muslim*
Banyak saksi palsu dan menyimpan kesaksian yang benar.
"Sesungguhnya sebelum datangnya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu dan disembunyikan kesaksian yang benar" * Riwayat Ahmad*
Negara Arab menjadi padang rumput dan sungai.
"Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput dan sungai* Sahih Muslim*
Semua tanda2 yang Rasullah SAW nyatakan sudah ada, yang terkini..Salji turun di Dubai (BH, 31 Dis.2004).Sesungguhnya Allah telah memberikan peringatan kepada manusia.
sumber : i love ISLAM.. |
Mgkin ada yg prnh trbaca artikel ini,tp just utk kongsi bersama2 kwn yg belum baca...jihad fisabilillah..
Labels:
INSAF
0
kritikan
Sunday, April 10, 2011
ada apa dgn air mata WANITA??
Aq sering trtanya2 knp wanita mudah menangis??Aq seorg wanita..aq jugak mudah menangis...Adakah aq ini seorang yang "Gembeng"?"Sememeh"? Rupenye ade kisah disebalik pertanyaan aq ni..
semoga kaum Adam mengerti kenapa kaum Hawa ni mudah sangat nk menangis..bukn saje mengada2 nak menangis tak tentu pasal..
knp lelaki selalu tak mengerti?? T____T |
Suatu hari, seorang anak bertanya kepada ibunya, “Ibu, mengapa ibu menangis?”Ibunya menjawab, “Sebab ibu adalah perempuan, nak.”
“Saya tidak mengerti ibu,” kata si anak.
Ibunya hanya tersenyum dan memeluknya erat. “Nak, kau memang tak akan mengerti”
Kemudian si anak bertanya kepada ayahnya. “Ayah, mengapa ibu menangis?”“Ibumu menangis tanpa sebab yang jelas,” sang ayah menjawab.
“Semua perempuan memang sering menangis tanpa alasan.”
Si anak membesar menjadi remaja, dan dia tetap terus bertanya-tanya, mengapa perempuan menangis? Hingga pada suatu malam, dia bermimpi dan bertanya kepada Tuhan, “Ya Allah, mengapa perempuan mudah menangis?” Dalam mimpinya dia merasa seolah-olah mendengar jawapannya:
“Saat Ku ciptakan wanita, Aku membuatnya menjadi sangat utama.
Kuciptakan bahunya, agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya, walaupun juga bahu itu harus cukup nyaman dan lembut untuk menahan kepala bayi yang sedang tertidur.
“Kuberikan wanita kekuatan untuk dapat melahirkan bayi dari rahimnya, walau kerap berulangkali menerima cerca dari si bayi itu apabila dia telah membesar.
“Kuberikan keperkasaan yang akan membuatnya tetap bertahan, pantang menyerah saat semua orang sudah putus asa.
“Ku berikan kesabaran jiwa untuk merawat keluarganya walau dia sendiri letih, walau sakit, walau penat, tanpa berkeluh kesah.
“Kuberikan wanita perasaan peka dan kasih sayang untuk mencintai semua anaknya dalam apa jua keadaan dan situasi. Walau acapkali anak-anaknya itu melukai perasaan dan hatinya. Perasaan ini pula yang akan memberikan kehangatan pada anak- anak yang mengantuk menahan lelap. Sentuhan inilah yang akan memberikan kenyamanan saat didakap dengan lembut olehnya.
“Kuberikan wanita kekuatan untuk membimbing suaminya melalui masa-masa sukar dan menjadi pelindung baginya.Sebab bukankah tulang rusuk yang melindungi setiap hati dan jantung agar tak terkoyak..?
skadar gmbar hiasan sumber : pok cik GOOGLE.. |
“Kuberikan kepadanya kebijaksanaan dan kemampuan untuk memberikan pengertian dan menyedarkan bahawa suami yang baik adalah yang tidak pernah melukai isterinya. Walau seringkali pula kebijaksanaan itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada suami agar tetap berdiri sejajar, saling melengkapi dan saling menyayangi.
“Dan akhirnya, Kuberikan wanita air mata, agar dapat mencurahkan perasaannya. Inilah yang khusus kepada wanita, agar dapat dia gunakan bila-bila masa pun dia inginkan. Ini bukan kelemahan bagi wanita, kerana sebenarnya air mata ini adalah “air mata kehidupan.”
Note: Ini hnyelah sbagai pgetahuan kpd anda sekalian utk mgetahui knp perempuan mudah menangis. Supaya bg mereka2 yg lelaki tahu knp anak,isteri,tunang atau teman wanita mereka terlalu mudah utk mgalirkan air mata sekiranya brlaku ssuatu dlm prhubungan...
Labels:
WANITA
0
kritikan
Sunday, January 30, 2011
Malaikat ku...
Suatu hari seorang bayi siap untuk dilahirkan ke dunia...
Dia bertanya kepada Tuhan : "Para malaikat disini mengatakan bahawabesok Engkau akan mengirimkan saya kedunia, tetapi bagaimana cara sayahidup disana; saya begitu kecil dan lemah ?"
Dan Tuhan menjawab: "Aku telah memilih satu malaikat untukmu. Iaakan menjaga dan mengasihimu ."
Bayi bertanya lagi: "Tetapi disini; didalam syurga ini, apa yang
saya lakukan hanyalah bernyanyi, bermain dan tertawa...Inikan sudah cukup bagi saya untuk berbahagia."
"Malaikatmu akan bernyanyi dan tersenyum untukmu setiap hari. Dan kamu akan merasakan kehangatan cintanya dan menjadi lebih berbahagia"
"Dan bagaimana bisa saya mengerti disaat orang-orang berbicara
kepada saya jika saya tidak mengerti bahasa mereka ?" "Malaikatmu akanberbicara kepadamu dengan bahasa yang paling indah yang pernah kamu dengar;dan dengan penuh kesabaran dan perhatian. Dia akan mengajar kepadamu cara berbicara."
"Dan apa yang akan saya lakukan saat saya ingin berbicara kepadaMu?" "Malaikatmu akan mengajarkan bagaimana cara kamu berdoa" "Saya mendengar bahawa di Bumi banyak orang jahat. Siapa yang akanmelindungi saya ?" "Malaikatmu akan melindungimu; walaupun hal tersebut
mungkin akan mengancam jiwanya"
"Tapi, saya pasti akan merasa sedih kerana tidak melihatMu lagi"
"Malaikatmu akan menceritakan kepadamu tentang Aku, dan akan
mengajarkan bagaimana agar kamu bisa kembali kepadaKu; walaupun sesungguhnya Aku akan sentiasa disisimu"
Disaat itu, Syurga begitu tenang dan heningnya sehingga suara dariBumi dapat terdengar, dan sang bayi bertanya perlahan : "Tuhan, jika sayaharus pergi sekarang, bisakah Kamu memberitahuku nama malaikat tersebut ?"
"Kamu akan memanggil malaikatmu itu: " IBU "
Ingatlah sentiasa kasih sayang dan pengorbanan ibu. Berbakti,
berdoa dan cintailah dia sepanjang masa..... Dialah sesatunya harta yang tiada galang gantinya dunia akhirat.... Dan untuk para ibu, ingatlah kisah ini dikala kamu hilang sabar dengan karenah anak-anak yang sedang membesar...sesungguhnya Syurga itu dibawah telapak kakimu...
Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :
1) Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan,
2) Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu,
3) Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu, dan dosa-dosa yang silam
4) Di sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu."
IBU.....engkaulah Malaikat ku.... |
Labels:
IBU
0
kritikan
Subscribe to:
Posts (Atom)